Categories: FeaturedTrending

Didakwa Honeymoon Bersama Suami Di Langkawi, Intan Ladyana ‘Sekolahkan’ Netizen

Isu golongan selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Setelah majlis pernikahan usahawan, Neelofa disiasat pihak polis berikutan ketidakpatuhan SOP, timbul pula isu melibatkan pelakon, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Aliff.

Menerusi satu ciapan tweet oleh seorang pengguna Twitter, lelaki tersebut telah memuat naik sebuah foto menunjukkan Intan Ladyana dan suaminya, Haris Alif sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di Pulau Langkawi.

Beserta kapsyen “Ooo honeymoon”, pengguna Twitter itu seakan akan memerli tindakan Intan Ladyana.

Tidak menunggu lama, Intan Ladyana bertindak membalas tuduhan tersebut sekaligus menafikan dirinya sedang menikmati bulan madu.

Malah, Intan turut menjelaskan bahawa dia sedang menjalani sebuah penggambaran dan tidak salah untuk membawa suaminya menemaninya.

Beberapa pengguna Twitter lain turut membalas komen dan mengatakan kerana hanya seorang artis, artis lain juga turut terpalit sama.

Dalam perkembangan lain, pihak polis kini difahamkan telah membuka 12 kertas siasatan melibatkan kes VVIP yang melanggar SOP.

Sumber: Twitter Intan Ladyana

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”