Categories: FeaturedTrending

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar.

Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, Nora akhirnya tampil dengan video muzik terbaru untuk lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) yang dipetik dari album ketiganya berjudul Naluri pada 1996.

Menerusi sidang media secara maya pelancaran semula lagu Naluri, Nora menyifatkan lagu tersebut mempunyai aura tersendiri.

“Saya pasti lagu ini mengimbau kenangan anda semua. Harapan saya semoga lagu ini menjadi kenangan manis untuk anda semua”

Genap tahun keempat suaminya yang juga penerbit dan penggubah lagu, Allahyarham Johan Nawawi kembali ke Rahmatullah, Nora turut meluahkan perasaan rindu buat Allahyarham suaminya.

“Perasaan rindu itu tak pernah padam. Pada saya, apabila merakamkan kembali lagu ini, perasaannya berlainan. Justeru, Sayangilah orang di sekeliling kita selagi mereka masih ada” ujarnya.

Meminati bakat yang dimiliki oleh generasi muda, beliau turut meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi bersama bakat-bakat baru di dalam industri muzik.

“Sejujurnya, saya menyukai Altimet. Saya suka bakat bakat baru yang mempunyai
“substances” dan bukan sekadar elemen kosong. Kita ada banyak bakat baru yang mempunyai masa depan yang cerah”,ujarnya.

Jangan lupa saksikan muzik video Naluri (Hadirlah Kekasih) akan dilancarkan pada malam ini di Saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”