Categories: Trending

“Selepas Posting Gambar Seksi, Kini Video Berkemban Pula…” Nonny Nadirah Bikin Mila Jirin FRUST!

Kalau sebelum ini , ramai rasanya peminat mahupun rakan artis yang terkejut apabila pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah memuat naik posting seksi, berseluar jarang beserta kapsyen It’s good to be back di laman akaun instagram miliknya.

Terbaru, akaun milik pelakon itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau memuat naik video berkemban pula pada malam tadi.

Muat naik itu sekali lagi menerima pelbagai reaksi termasuklah dari sahabat baiknya, yang juga penyanyi dan Pengarah Urusan Bizmilla Catering yang jelas kecewa dengan tindakan rakannya itu.

Menurut Mila, beliau hanya mampu mendoakan Nonny agar kembali ke jalan yang sepatutnya seperti sebelum ini.

“Aku doa Allah jentik hati kau. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala kau”

“Aku tahu  kau anak yang  baik dan sahabat yang baik. Tapi harini aku kecewa. Aku dah tak mampu buat apa-apa. Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau sahabat”

Sementara itu, Nonny dilihat terus mendiamkan diri tanpa memberi sebarang reaksi terhadap tindakannya itu kepada umum.

Salma Syahbuddin