Categories: Trending

GKP 3.0 : Cara Permohonan Bantuan RM1,000 Secara One-Off Bermula Hari Ini Sehingga…

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021.

Malah, RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. Justeru itu, semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021.

Manakala, bagi GKP Khas Prihatin 3.0 pula, permohonan bantuan secara one-off ini dibuka bermula 1 April 2021 sehingga 15 April 2021 kepada mana-mana PKS yang layak dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

Antara syarat Kelayakan

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin 3.0 ini adalah seperti berikut :

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut;
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ATAU Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya                Syarikat Malaysia (SSM) DAN masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan GKP 3.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal rasmi GKP iaitu gkp.hasil.gov.my DAN permohonan secara manual tidak akan diterima.

Kaedah Bayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan dan akaun bank mestilah dalam keadaan aktif.

 

Sumber : LHDN

Salma Syahbuddin