Categories: Trending

Tahniah! Nad Zainal Selamat Timang Anak Kedua

Pelakon yang berbakat besar dan sering meninggalkan impak lakonannya kepada penonton menerusi drama rantaian Takdir Yang Tertulis dan Hati Yang Tersakiti ini akhirnya selamat melahirkan anak keduanya pada 30 Mac 2021.

Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di laman instagram miliknya sebentar tadi.

Ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat!

Dan rata-rata rakan artis mahupun followers beliau membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah di atas kelahiran kedua Nad Zainal.

Namun, ada juga segelintir followers beliau yang meninggalkan komen berharap agar rupa anak kedua pelakon ini tidak menyerupai watak antagonis dalam drama Takdir Yang Tertulis.

 

Walaupun, jantina anak kedua pelakon ini masih belum diumumkan, namun melihat kepada muat naik instastory Nad Zainal, kelihatan belon berwarna emas dengan tulisan yang tertera baby girl dan ini  secara tidak langsung memberi gambaran anak kedua pelakon ini adalah seorang  bayi perempuan.

Terdahulu, dalam satu temu bual bersama Melodi, Nad Zainal masih berteka-teki mengenai jantina anak keduanya ini.

Apapun, kita doakan semoga Nad sihat dan selamat berpantang!

 

Salma Syahbuddin