Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 31, 2021 @ 6:03pm

Didakwa Honeymoon Bersama Suami Di Langkawi, Intan Ladyana ‘Sekolahkan’ Netizen

Isu golongan selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Setelah majlis pernikahan usahawan, Neelofa disiasat pihak polis berikutan ketidakpatuhan SOP, timbul pula isu melibatkan pelakon, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Aliff.

Menerusi satu ciapan tweet oleh seorang pengguna Twitter, lelaki tersebut telah memuat naik sebuah foto menunjukkan Intan Ladyana dan suaminya, Haris Alif sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di Pulau Langkawi.

Beserta kapsyen “Ooo honeymoon”, pengguna Twitter itu seakan akan memerli tindakan Intan Ladyana.

Tidak menunggu lama, Intan Ladyana bertindak membalas tuduhan tersebut sekaligus menafikan dirinya sedang menikmati bulan madu.

Malah, Intan turut menjelaskan bahawa dia sedang menjalani sebuah penggambaran dan tidak salah untuk membawa suaminya menemaninya.

Beberapa pengguna Twitter lain turut membalas komen dan mengatakan kerana hanya seorang artis, artis lain juga turut terpalit sama.

Dalam perkembangan lain, pihak polis kini difahamkan telah membuka 12 kertas siasatan melibatkan kes VVIP yang melanggar SOP.

Sumber: Twitter Intan Ladyana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Oct 2024

Senario Sepakat Serah Trofi Kemenangan Pada Waris Arwah Hamdan – “Kami Memang Sudah Berniat”

Tahniah Kumpulan Senario! Moga terus menghiburkan kami semua❤️✌️

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023
Trending Tue, 24 Jul 2018
Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

Featured Mon, 26 Apr 2021

Senarai 79 Buah Sekolah Di Selangor Diarahkan Tutup 2 Hari Akibat COVID-19

Susulan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup hari ini selama 2 hari. Menerusi pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor yang tular itu, ia membabitkan […]

error: Content is protected !!