Categories: Trending

Didakwa Mencederakan Anak, Suami Ziana Zain Pertahankan Diri?

Hari ini viral di media sosial suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya.

Dia didakwa memukul menggunakan rotan pada 25 Februari lalu. Walaubagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah dan menyatakan tujuannya adalah untuk mengajar anak mengaji dan solat namun anaknya tidak paham.

http://www.encikshino.com/rumah-tangga-kekal-bahagia-19-tahun-ziana-zain-kongsi-4-rahsia/

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan dari mana-mana dua darinya. Majistret juga telah menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/318844/saya-nak-ajar-dia-armin

Sebenarnya, berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis tersebut telah dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu. Ziana dan Armin telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta Pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

So, disebalik kes ini sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini. Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

Sumber: Berita Harian

tex_admin