Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 27, 2020 @ 8:21am

Didakwa Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Polis

Seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol seorang gadis ditahan pihak polis malam tadi untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan pada jam 11 malam semalam selepas tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7.18 malam.

“Dalam kejadian yang berlaku pada 11 September tahun lalu, difahamkan mangsa berusia 23 tahun keluar dengan suspek yang dikenali menerusi media sosial Instagram kira-kira jam 8 malam.

“Mangsa menaiki kereta milik suspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek seterusnya membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian ke rumahnya iaitu sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan selain mangsa juga tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya menggunakan perkhidmatan e-hailing atau Grab.

“Mangsa yang mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Tambah Baharudin, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Katanya, pihak hospital juga memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Sat, 26 Jan 2019

《辛普森》恶搞复仇者联盟!萨诺斯弹指后剩下「她」

近日《辛普森家庭》也跟上《复仇者联盟》的趋势,让反派角色萨诺斯入镜,幽默的剧情让罗素兄弟也分享了呢!

Trending Wed, 26 Aug 2020

Meriahkan Hujung Minggu Anda Dengan Jom Heboh Di Rumah Pada 29 & 30 Ini!

Jangan lupa bersama meriahkan Jom Heboh Di Rumah okay!

Hiburan Thu, 6 Nov 2025
Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Dia Bukan Perosak Lagu” – Floor 88 Bakal Duet Dengan Raffa Affar

Bakal berduet dengan Raffa Affar, Floor 88 tidak menganggapnya ‘perosak lagu’.

Featured Fri, 10 Nov 2023

Comelnya! Kongsi Momen Photoshoot Saif Sulaiman, Netizen Teruja Tengok Safawi Rasid Dukung Anak

Walaupun pegang macam bola tapi cute sangat family ni kan😍😍😍

error: Content is protected !!