Categories: Trending

Disamakan Dengan Juadah Enak Dan Pemanis Mulut Di Bulan Ramadan, Baju Batik Ismail Sabri Curi Perhatian!

Hebat dan kreatif!

Rupa-rupanya setiap kali kemunculan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian begitu ditunggu-tunggu oleh Netizen.

Mana taknya, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai DakuCing Ku, beliau sempat berkongsi beberapa gambar yang menyamakan baju batik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan hidangan pemanis mulut popular tempatan.

“Sekali pandang cantik baju-baju Datuk Seri Ismail Sabri pakai, 2 kali pandang, nampak menyelerakan lagi-lagi bila tengok masa tengah puasa. Terliur lah pula!” Tulisnya.

Sumber : Facebook

Wah, warna dan corak yang menarik betul-betul sama dengan juadah pemanis mulut yang dikenakan bukan?

Malah, perkongsian ini juga turut menarik perhatian menantu beliau yang juga pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie di laman instagram miliknya.

Sebelum ini, Jovian sendiri pernah berkongsi ada antara baju batik yang dikenakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri itu dihasilkan daripada batik yang dilukis khas.

Dan, diantara fabrik batik berkenaan merupakan sentuhan khas dari Tenunan Royal Pahang.

Salma Syahbuddin