Categories: AcaraFeatured

Rasai nikmat kepuasan berbuka puasa dengan Nasi Kari Atuk KFC

Tidak tahu hendak makan apa ketika berbuka puasa nanti? Apa kata cuba menu terbaharu daripada KFC, Nasi Kari Atuk.

Hidangan yang diperkenalkan sempena Ramadan itu bukan sahaja membangkitkan selera ketika berbuka, malah rasa klasik tempatannya pasti akan menggamit nostalgia ramai.

Hidangan Nasi Kari Atuk didatangkan istimewa dengan kuah kari enak menggunakan santan dan rempah-ratus kari tradisional serta dicampur ketulan ubi kentang untuk penambahan rasa dan tekstur.

Kuah kari yang dituang ke atas hidangan Nasi Colonel dan ayam KFC perisa ‘Original Recipe’ atau ‘Hot & Spicy’ bakal menjanjikan nikmat kepuasan ketika berbuka puasa setelah seharian penat menahan lapar dan dahaga.

Kredit gambar: KFC Malaysia

Diganding hebat pula dengan Sambal Atuk iaitu sambal yang ditumis dengan pes istimewa campuran ikan bilis dan cili, hidangan ini lengkap dengan rasa pedas dan hangat, sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva, berkata Nasi Kari Atuk dicipta khas untuk menghilangkan keinginan penggemar setia KFC ketika berbuka puasa.

“Rakyat Malaysia menyambut suasana Ramadan yang berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Kami berharap rasa klasik Nasi Kari Atuk ini sedikit sebanyak membawa kegembiraan dan kesenangan dalam suasana berbuka puasa yang baharu ini.

“Untuk lebih kemudahan, anda boleh membuat pra-pesanan terlebih dahulu secara dalam talian untuk khidmat penghantaran atau ambil sendiri (self-collect), iaitu anda boleh memilih tarikh dan waktu yang sesuai untuk mendapatkan makanan KFC kegemaran anda,” katanya.

Bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera, Nasi Kari Atuk KFC dihidangkan menggunakan bekas yang bermimikkan daun pisang yang boleh didapati melalui pilihan set kombo 2 ketul atau 3 ketul dan ‘box meal’ dengan harga bermula daripada RM16.30.

Kredit gambar: KFC Malaysia

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, KFC menggalakkan pelanggan untuk menggunakan khidmat prapesanan melalui laman web atau aplikasi KFC Malaysia. Pelanggan boleh mendapatkannya melalui khidmat ambil sendiri, bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran bermula 30 April 2020, sementara stok masih ada.

Pilih ‘contactless delivery’ untuk pesanan dihantar terus ke rumah atau ‘contacless self-collect’ untuk pesanan bawa pulang bagi penerimaan makanan yang lebih selamat dan bebas sentuhan. Jom layari www.kfc.com.my, muat turun aplikasi KFC Malaysia atau pesan melalui Foodpanda untuk membuat pesanan Nasi Kari Atuk KFC sekarang.

Selamat berbuka puasa!

Ad Ops