Categories: Trending Hari Ini

“Maaf, Perjalanan Rentas Negeri Untuk Sambutan Aidilfitri Tidak Dibenarkan” – PM

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menyaksikan sebahagian besar ekonomi dan sosial dibenarkan kecuali aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai.

Menerusi sidang media tersebut juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan supaya perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

“Majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri, maaf tidak dibenarkan,” jelasnya ketika sidang media tadi.

Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pulang Ke Rumah Sendiri

Namun begitu, kerajaan hanya membenarkan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat lain.

Tonton perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi di bawah ini:

Baca Juga: [TERKINI] Kerajaan Cadang Majikan Pastikan Waktu Kerja Anjal, Galakkan Kerja Dari Rumah

Syafiqa Irdina