Categories: FeaturedTrending

Dr Amalina Bakri Selamat Nikahi Alexander Charles Di London

Pakar bedah pelatih Dr Nur Amalina Che Bakri kini sah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Charles Alexander di sebuah masjid di London.

Menerusi perkongsian Instagram, Dr Amalina berkata mereka selamat diijabkabulkan pada 31 Mac lalu setelah pernikahan ditangguhkan beberapa kali kerana pandemik Covid-19.

Dr Amalina dilihat anggun dalam persalinan kurung putih manakala Axelandar kelihatan segak dalam persalinan sut tuksedo. Pasangan itu dinikahkan di hadapan Imam Sheikh Faid M Said dalam upacara ringkas.

“Rancangan awal kami adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada bulan Mac (Malaysia) dan Jun (UK) tahun ini, namun kami menangguhkan majlis perkahwinan kami sehingga kami yakin semua orang dapat berada di sana.

“Kami tidak sabar untuk meraikan hari Istimewa kami dengan orang tersayang dan rakan tidak lama lagi,” kata Dr Amalina.

Tahniah diucapkan buat Dr Amalina dan suami. Semoga perkahwinan dibina kekal selamanya.

Kredit foto : Dr Amalina Twitter

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”