Categories: FeaturedTrending

KPM Akan Tutup Sekolah Jika…

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup mana-mana sekolah jika sebahagian besar guru terpaksa menjalani kuarantin akibat COVID-19 hingga menjejaskan kecekapan operasi sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan penutupan juga mengambil kira penilaian risiko dijalankan pejabat kesihatan daerah (PKD) selepas menerima laporan berhubung kes COVID-19 di sekolah terbabit.

“PKD adalah pihak yang pakar membuat penilaian dan mereka akan meneliti secara lebih mendalam mengenainya. Jika ada tingkat, bangunan tertentu atau keseluruhan sekolah perlu ditutup, ia akan dilakukan berdasarkan arahan itu.

“Bagi pihak KPM pula, kita melihat dari sudut operasi yang mana jika sebahagian besar guru terpaksa dikuarantin hingga menyebabkan kecekapan operasi sekolah terjejas, kita akan lihat sama ada sekolah itu boleh diteruskan atau ditangguh dulu,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Gelugor.

Dalam pada itu, Radzi turut meminta guru di seluruh negara segera mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 memandangkan mereka antara kumpulan penting yang diberi vaksinasi.

“Proses vaksinasi kepada guru sedang dijalankan dan kita meminta mereka membuat pendaftaran segera,” katanya.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”