Categories: Trending

Suami Titip Doa Dan Ucapan Manis Buat Mira Filzah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun

Sentiasa tampil sedondon dan kelihatan manis ketika bersama, pasangan Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar sentiasa mencuri perhatian lensa kamera dan juga peminat mereka.

Dan, sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran yang ke-28, Emir dilihat sempat berkongsi ucapan manis buat isterinya itu menerusi muat naik di laman instagram miliknya.

“Ya Rabb, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta ini, berkatilah dan rahmatilah Nur Amirah Filzah hambamu yang sentiasa baik hati dan bersyukur ini. Limpahkanlah dia dengan rahmatMu, peliharalah dia dan bimbinglah dia dalam setiap nafas dan setiap langkah yang diambilnya tidak kira hari ini mahupun esok. Amiin Ya Rabb”

Mengenakan busana serba hitam bagi meraihkan makan malam istimewa ini, Mira dan Emir juga sempat merakam momen-momen mereka menerusi hantaran di insta story masing-masing.

Selain Emir, kelihatan keluarga Mira juga sempat meraikan ulangtahun anakanda kesayangan mereka ini di sebuah restoran tertutup.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat Mira dan Emir mendoakan agar pasangan ini sentiasa diberikan kebaikan dan bahagia sehingga ke jannah.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Dah Ada Nanti Akan Diberitahu…”Konon Hamil Anak Pertama, Mira Filzah Akui Netizen Memang Laju ‘Buat’ Kerja

ARTIKEL BERKAITAN : “Memang Terpancar Ketenangan & Kemesraan Tu!”- Ramai Puji Mira Filzah Dalam Video Terbaharu #EmirAmirah

Salma Syahbuddin