Trending By: Padin August 1, 2021 @ 7:52pm

“Dulu Dia Kecam Saya, Alih-Alih Dia Busking Cari Rezeki Nyanyi Lagu Saya” – Harry Khalifah Bangga Dengan Lagu Genre ‘Leman’

Penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui berbangga dengan genre muzik ‘kampung’ yang dibawakan olehnya.

Biarpun genre terbabit kadangkala dikritik netizen, karya yang dihasilkan oleh Harry semuanya ikhlas untuk peminat yang disayangi.

“Saya berbangga nyanyi dan cipta lagu sebegini. Ada yang kutuk tapi tidak mengapa. Orang ramai perlu faham, citarasa berbeza dan tak sama. Tak perlu rendah-rendahkan karya orang lain, semuanya datang dari Allah.

“Dulu ada orang pernah kutuk saya, katanya selagi ada insan bernama Harry Khalifah, muzik Malaysia tidak akan maju. Baru-baru ini, ada satu laman Facebook mengungkit balik cerita terbabit dan ramai yang datang ‘bantai’ saya.

“Ada seorang hamba Allah ni, dulu dia pernah kecam saya. Alih-alih, saya terkejut apabila dapat tahu dia keluar ‘busking’ dan menyanyikan lagu saya. Orang yang kutuk saya akhirnya nyanyi lagu saya untuk mencari rezeki.

“Jadi, tak perlu memandang rendah atau mengecam. Saya hanya mahu mencari rezeki dan berkongsi dengan peminat, bukannya mahu cari publisiti,” kata Harry.

Muncul dengan single terbaru berjudul Seishin, tajuk terbabit diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud ‘semangat’.

“Ini merupakan single instrumental pertama yang saya keluarkan secara rasmi. Lagu ini secara tak sengaja dicipta oleh saya apabila saya kembali membaca komen kritikan ‘selagi ada insan bernama Harry Khalifah, muzik Malaysia tidak akan maju.’

“Saya memilih Seishin kerana ia sesuai dengan isi hati saya. Proses rakaman lagu ini juga tidak melibatkan pemuzik lain. Saya sendiri yang memainkan semua instrument muzik seperti gitar, bass, keyboard dan dram. Ini semua kerana saya ingin meletakkan jiwa saya dalam Seishin,” katanya lagi.

Lagu ini boleh didengari secara digital di semua platform penstriman muzik dan di laman YouTube Padu Records.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2024
Featured Thu, 18 Mar 2021
Trending Mon, 8 Feb 2021

Rupanya Bakal Cikgu Kacak Ini Yang Menyanyikan OST Rahimah Tanpa Rahim!

Penyanyi baru, Aliff Iskandar bersyukur lagu nyanyiannya menjadi pilihan penerbit untuk dijadikan lagu tema drama bersiri. Kini, lagu terbaru bakal guru yang sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur berjudul Perit ini dipilih […]

Featured Thu, 16 Sep 2021

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia. Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum. Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem […]

Featured Fri, 11 Mar 2022
Trending Wed, 25 Mar 2020