Categories: Trending

Elak Fitnah & Umpatan, Siti Nurhaliza Patuhi Nasihat Datuk K

Bimbang puteri kesayangannya, Siti Aafiyah menjadi sasaran umpatan netizen, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akui akan mematuhi nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa agar tidak kerap memuat naik gambar anak perempuan mereka di Instagram.

“Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cindai ini memberitahu tidak teragak-agak untuk menyekat pengikutnya di laman sosial itu yang meninggalkan komen negatif kepadanya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada menimbulkan fitnah selain perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

“Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

“Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” ujarnya.

Ad Ops