Categories: Sihat

Ini Tanda-Tandanya Jika Anda Kekurangan Air Dalam Badan & Kesannya Terhadap Kesihatan Anda

Hampir 60% daripada badan kita terdiri daripada air, manakala 90% daripada berat badan kita adalah air.

Kita memang perlukan bahan ini untuk terus hidup. Jika anda kekurangan air, simptom yang paling mudah untuk dikesan adalah kehausan dan kekeringan tekak.

Itu boleh saja diperbaiki dengan meminum air. Tapi tahukah anda, jika badan anda kerap kekurangan air, ada banyak kesan jangka masa panjang yang boleh memudaratkan!

Ia bukan saja boleh memberi efek kepada berat badan anda, malah ia juga mengancam nyawa.

Antara tanda-tanda ringan bagi dehidrasi ialah:

  • Kepenatan, rasa mengantuk
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Pening
  • Perubahan mood, rasa cepat marah, peningkatan rasa gelisah
  • Mata tenggelam
  • Kulit berkedut
  • Kekejangan otot
  • Sakit sendi

Foto: runningmagazine.ca

Lagi teruk kekurangan air dalam badan, lagi teruklah tanda-tandanya. Kalau anda mengalami simptom sebegini, cepat pergi ke hospital!

Antara tanda-tanda berat adalah:

  • Tekanan darah yang rendah, dengan denyutan jantung pantas
  • Demam
  • Tak sedarkan diri, hilang pertimbangan
  • Cirit-birit atau muntah-muntah teruk
  • Kepayahan untuk menelan cecair

Kesan-kesan halus

Kekurangan air dalam jangka masa yang panjang ada juga kesannya. Walaupun anda mungkin tak hiraukan side effects yang ringan, tapi jangan lupa yang badan anda tetap sengsara.

Beberapa jenis kesan di bawah ini ini bersangkut paut dengan peningkatan berat badan.

  • Kadar metabolisme rendah – keupayaan badan anda untuk membuang toksik tersekat.
  • Rasa terlebih lapar – bila anda kekurangan air, badan anda akan menganggap yang ia sedang lapar, dan ini menyebabkan anda untuk makan walaupun anda tak pun lapar
  • Peredaran darah yang perlahan, suhu badan tak menentu
  • Masalah pencernaan
  • Kepenatan – anda sentiasa rasa tak berdaya untuk melakukan sebarang aktiviti senaman, dan akan sukar untuk beri tumpuan
  • Peningkatan kandungan gula dalam darah – badan anda perlukan air untuk larutkan gula dalam badan. Anda akan alami masalah besar jika anda menghidap kencing manis

Foto: Shutterstock

Kesan-kesan jangka panjang yang teruk

Ya, memang stres kalau berat badan naik, tapi ada isu lagi berat! Ini adalah kesan paling teruk yang badan anda boleh alami jika kekurangan air ini dibiarkan berlarutan:

  • Otak bengkak
  • Serangan sawan
  • Hypovolemic shock – satu keadaan di mana kehilangan darah atau cecair akan menghalang jantung daripada mengepam darah ke anggota badan lain. Kejutan ini akan menyebabkan organ lain untuk berhenti daripada berfungsi.
  • Buah pinggang tak berfungsi
  • Coma atau kematian

Jadi, minum banyak-banyak!

Sumber: PopSugar

Ad Ops