Categories: Trending

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran i-Sinar serta mengemaskini sistem permohonan susulan keputusan pemansuhan semua syaratnya sebelum ini.

Ini kerana, menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pihaknya mendapat banyak aduan dam maklum balas daripada pemohon berkaitan i-Sinar yang jelasnya masih keliru dengan  keputusan baharu itu.

“Masih terdapat butiran yang perlu memuatnaik dokumen sokongan, maklumat pengurangan pendapatan, dokumen sokongan untuk pertimbangan bagi meneruskan proses permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat ini.

 

“KWSP perlu mempercepatkan kemaskini sistem permohonan i-Sinar dengan memansuhkan butiran dokumen sokongan ini. Ternyata rakyat masih keliru sama ada syarat pengeluaran i-Sinar sudah dimansuh atau belum,”

Tambahnya, ramai pemohon mengadu ingin menukar jumlah pengeluaran pada kadar maksimum selepas pengumuman rasmi dibuat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lalu.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin