Categories: FeaturedTrending

Permohonan Bantuan Selangor Telah Dibuka, Manfaat RM 5,000 Untuk OKU

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) telah dibuka bermula 18 Februari lalu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3.25 juta bagi pelaksanaan program pemberdayaan orang kurang upaya (OKU), menerusi Belanjawan 2021.

“Permohonan Anis menawarkan manfaat sehingga RM5,000 untuk OKU berusia bawah 18 tahun.

“Setiap keluarga boleh menerima empat jenis bantuan meliputi makanan dan keperluan tambahan; pembaikan alatan mesin; ubat dan pendidikan khas,” katanya menerusi laman rasmi Facebook.

Justeru, orang ramai boleh mendaftar menerusi laman www.anis.yawas.my.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”