Program TV By: Fatin Nurain December 2, 2023 @ 6:43pm

Famili Duo 3: Syamel & Ernie Akan Gamatkan Konsert Akhir Esok, Siapakah Bakal Rangkul Gelaran Juara?

Pasangan suami isteri Ernie Zakri & Syamel bakal menggamatkan pentas akhir program TV3, Famili Duo 2023 sebagai penyanyi jemputan.

Pentas akhir program realiti itu juga akan menampilkan tiga pasangan duo sebagai finalis iaitu duo adik-beradik Sharif & Syaiful ZERO, duo sepupu Haqiem Rusli & Ariff Bahran dan duo adik beradik Adira & Emma Suhaimi.

Dalam pusingan akhir ini, ketiga-tiga pasangan finalis perlu melakukan dua persembahan yang bertema bebas dan vokal berkumpulan atau duet popular.

Bagaimanakah dengan persiapan akhir mereka? Duo manakah bakal bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000?

Mengimbau episod pertama, peserta duo adik-beradik Sharif & Syaiful ZERO sering melemparkan idea-idea yang kreatif dalam persembahan mereka.

Menurut Sharif, dia bersama abangnya sudah bersedia untuk tampil dengan kelainan pada malam konsert akhir nanti.

“Kami sudah bersiap sedia untuk malam final. InsyaAllah, kami janji akan buat lain daripada yang lain. Saya berharap persembahan kami di final dilihat layak untuk menang jika ada rezeki untuk menang.

“Kejutan itu pasti ada di pentas akhir. Dari segi pemilihan lagu, saya dan abang saya kena bersepakat dan selesa dengan lagu-lagu itu.

“Untuk susunan lagu, terima kasih kepada pengarah muzik abang Rio dan Achoi (Zai Hamzah) daripada Floor 88 yang banyak membantu,” katanya.

Dalam pada itu, duo sepupu, Haqiem Rusli & Ariff Bahran menyatakan  merekan akan tampil dengan elemen meriah  yang boleh menyentuh hati penonton.

“Kami akan bagi the best yang kita boleh bagi kerana program ini sudah sampai ke penghujung. Untuk persembahan dua lagu ini, kami akan menggunakan elemen meriah dan juga elemen yang boleh menyentuh hati penonton.

“Terima kasih kepada TV3 kerana sudi mempelawa kami ke Famili Duo. Selain dapat menyatukan pasukan saya dengan pasukan yang lain, kami juga dapat berkenalan dengan pasukan produksi baharu, musician dan peserta Famili Duo yang lain.

“Ia adalah satu pengalaman yang manis. InsyaAllah, saya akan masuk lagi pada tahun depan jika ada peluang,” jelas Haqiem.

Tambah Bahran, dia berasa agak sedikit tekanan selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir, namun tetap mahu memberikan yang terbaik demi kepuasan penonton.

“Bagi saya, persediaan agak stress sebab dah sampai final. Kita bagi yang sehabis baik untuk dua persembahan pada malam Ahad ini. Kami akan ada cameo yang dapat mencuit hati penonton, jadi kena tunggu kejutan itu.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong Famili Duo. Terima kasih kepada TV3, juri-juri dan semua yang terlibat dalam Famili Duo dan doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Sementara itu, pasangan duo adik-beradik, Adira dan Emma menyatakan mereka akan melakukan sehabis baik bahkan mereka kini lebih teliti dalam membuat pemilihan lagu sempena minggu akhir, esok.

“Persediaan final memang kami akan all out dan buat sebaik mungkin. Pemilihan lagu pun sangat teliti untuk final nanti. Kami mengambil berat segala komen juri. Jadi, nantikan persembahan kami di final nanti,” katanya.

Program Famili Duo Musim Ketiga ini telah dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam selaku hos tetap.

Manakala, Mas Idayu dan Ajai masih lagi mengekalkan takhta sebagai juri tetap dari musim lalu.

Orang ramai boleh menonton Minggu Akhir Famili Duo Musim Ketiga ini pada Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 May 2021
Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Trending Wed, 3 May 2023

Alliance VCC Lancarkan Kad Kredit Maya Pertama di Malaysia. Jom Daftar Sekarang!

Korang pernah dengar ke tentang VCC kad kredit maya? Haa… ni bukan macam kad fizikal yang korang selalu pegang tu. Perbezaan kad kredit maya ni wujud dalam bentuk elektronik dan digunakan untuk transaksi secara talian. […]

Featured Tue, 12 Jul 2022

Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

Setiap orang kan ada cita rasa berbeza-beza, kenapa perlu bandingkan? 🤔 Enjoy je la pakai inai hehe

Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?