Trending By: Nabihah May 3, 2023 @ 11:37am

Alliance VCC Lancarkan Kad Kredit Maya Pertama di Malaysia. Jom Daftar Sekarang!

Korang pernah dengar ke tentang VCC kad kredit maya? Haa… ni bukan macam kad fizikal yang korang selalu pegang tu. Perbezaan kad kredit maya ni wujud dalam bentuk elektronik dan digunakan untuk transaksi secara talian. Menarik bukan?

Kad kredit maya ni bertujuan bagi melindungi maklumat peribadi seperti nombor kad kredit pengguna bila korang hanya membuat pembelian atas talian. Jadi, lebih selamat lah kalau korang nak buat transaksi di laman web atau aplikasi yang menerima kad kredit, sama seperti kad kredit fizikal.

Nombor kad tetap ialah nombor kad kredit atau debit yang kekal sama sepanjang hayat kad. Ini bermakna setiap kali korang guna kad, korang akan memasukkan set nombor yang sama untuk setiap transaksi.

Manakala, DCN pula dikenali sebagai nombor kad dinamik. Ia merupakan set nombor unik yang dijana untuk setiap transaksi atau tempoh masa terhad untuk kegunaan pelanggan serta merta. Selepas korang menjana dan menetapkan nombor secara rawak sebanyak 16 digit.

Apa sebenarnya kebaikan guna Dynamic Card Number ni?

Lebih selamat

Salah satu kebaikannya ialah of course nombor kad sebenar korang tu tidak akan didedahkan pada sesiapa.  Tak kiralah korang berurus niaga dimana-mana platform pun sebab 16-digit nombor yang dijana adalah secara rawak. Hanya bila korang nak guna je. Takdalah nanti ada yang cuba guna nombor kad korang kerana nombor sekali guna tu akan luput dalam masa 30 minit. 

Ambil kawalan sepenuhnya kad korang tu

Bila korang jana 16-digit nombor tu ke dalam mana-mana platform langganan atau e-bil. Korang boleh tetapkan sendiri had perbelanjaan dan tarikh luput tau. Tujuannya untuk mengawal transaksi yang dicaj ke dalam kad tu pada had dan tamat tempoh yang korang tetapkan.

Mudah tanpa perlu dibawa ke mana-mana

Menariknya lagi, korang tak perlu lah nak bawak kad ni kemana-mana sebab ia secara digital je. Apa yang korang perlu buat, hanya salin dan simpan je nombor kad digital 16-digit tu dari telefon. Takdalah korang perlu risau kad asyik nak hilang atau lupa nak bawak je!

Jana 16-digit nombor secara rawak. Hm… macam mana tu? Meh min kongsikan lagi!

Caranya mudah je. Korang cuma perlu jana 16-digit nombor secara rawak dari allianceonline mobile App yang akan berubah setiap 30 minit.

Lepastu, korang hanya salin dan masukkan je 16-digit nombor yang sudah dijana tu ke dalam mana-mana platform e-dagang yang korang mahukan. Tapi boleh guna maximum selama 30 min je tau lepas daripada tu nombor korang dah tak valid.

Jadi lebih selamatlah bila kita nak berurus niaga gunakan platform e-dagang ni.

Bekukan dan nyahbekukan kad korang pada bila masa-masa saja!

Daripada kad langganan yang korang buat, korang boleh memilih “bekukan kad” pada bila-bila masa jika korang lihat sebarang transaksi yang mencurigakan dalam sejarah transaksi korang tu. Bukan tu je, korang pun boleh membekukan/menyahbeku kad tanpa perlu bersusah payah hubungi khidmat pelanggan.

Bukan tu je, tiada caj juga tau untuk penciptaan nombor kad ni, tapi korang perlu pastikan nombor yang dijana tu akan digunakan sebaiknya. Jadi janganlah korang cuba jana saja-saja je sebab nanti korang boleh dapat notification amaran tau. Ingat jana bila korang perlukan je!

Untuk menetapkan pembayaran berulang atau langganan, korang perlu log masuk ke VCC dan klik “Cipta Nombor Kad”. Baru korang boleh menetapkan had perbelanjaan sendiri, tarikh luput & customise kad pembayaran langganan juga.

Setelah nombor kad korang tu dijana, salin dan simpan maklumat kad ke dalam mana-mana platform langganan / e-bil yang korang nak guna. Mudahkan!

Menariknya, kad maya ini mempunyai faedah yang sama seperti kad visa platinum biasa. Contohnya:

  • 8x Mata Bonus Abadi (TBP) untuk transaksi beli-belah dalam talian
  • 1x Mata Bonus Abadi (TBP) untuk semua transaksi lain
  • Peringatan: Semua TBP tidak akan tamat tempoh

Kad Kredit Maya kini boleh didapati di Duitnow, JomPay dan juga semua platform e-dagang atau e-dompet dengan menjana nombor kad 16-digit secara rawak. Semua transaksi ini masih akan memperoleh mata tanpa tarikh luput tau!

Bukan tu je, ia juga mampu menyokong transaksi fizikal melalui DuitNow QR Merchants.

Haa… menarik bukan? Meh min sharekan macam mana pulak korang nak daftar VCC ni!

  1. Mula-mula pergi ke aplikasi Apple App Store atau Google Play Store dan muat turun aplikasi mudah alih allianceonline “Mobile app” (“AOM”)
  2. Klik pada ikon VCC di bahagian atas sebelah kanan halaman log masuk AOM.
  3. Teruskan dengan permohonan VCC dengan mengisi butiran peribadi dan pendapatan, mengambil gambar Kad Pengenalan (Depan dan Belakang), dan memuat naik penyata KWSP atau bukti pendapatan.
  4. Korang akan menerima push notification dan SMS notification setelah permohonan diluluskan atau ditolak.

Senang dan mudah je kan. Haa… baik korang cepat-cepat muat turun aplikasi dan daftar sekarang! Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web rasmi mereka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Jun 2021

SPM 2021 Ditunda Pada Mac Tahun Depan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu. “Ujian […]

Trending Tue, 13 Apr 2021

“Biasalah Keluar Makan…” – Digosipkan Ada Hubungan Dengan Daiyan Trisha, Ini Respons Ben Amir

Pelakon Ben Amir menangkis gosip yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Daiyan Trisha. Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia dan Daiyan hanya sekadar kawan. Sebelum ini, nama Ben dan […]

Konsert Tue, 6 Jun 2023
Trending Wed, 1 Aug 2018

Beyoncé Kongsi Gambar ‘Rare’ Anak Kembarnya, Comel Sangat!

Ini kali kedua Beyoncé berkongsi gambar mereka.

Hiburan Tue, 27 Feb 2024