Categories: Trending

Fasa Satu Pembayaran BPN 2.0 Disalurkan Kepada 9.86 Juta Penerima B40, M40

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.

Pembayaran Fasa Kedua Bermula Januari 2021

Justeru, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 yang dikeluarkan hari ini.

Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula, Tengku Zafrul berkata mereka yang telah membuat permohonan sehingga tarikh tutup 31 Oktober, boleh menyemak status permohonan bermula 27 November manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”