Categories: Trending

Neelofa Perkenal Aplikasi Islamik, Ramai Peminat Teruja

Tampil menjadi inspirasi buat generasi muda masa kini, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa bakal melancarkan aplikasi islamik miliknya yang dikenali sebagai The Noor.

Memuat naik di laman instastory miliknya pada Khamis, Neelofa berharap agar aplikasi ini memberi manfaat kepada semua dan berharap agar segalanya dipermudahkan.

Boleh didapati tidak lama lagi!

Antara ciri yang menjadi kegemaran Lofa adalah, penterjemahan suara Al-Quran dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Tamil dan juga Mandarin.

Netizen teruja

Selepas isu yang tular membabitkan aplikasi terkenal Muslim Pro baru-baru ini, ramai nampaknya netizen memberikan sokongan terhadap usaha murni Lofa dalam membangun aplikasi ini.

The Noor menjadi antara platfrom untuk orang beragama Islam mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh tokoh-tokoh islamik terkenal dunia.

Malah, setakat ini @thenoor.app telahpun memiliki 27,700 pengikut di instagram.

Salma Syahbuddin