Categories: Trending

“Jika Tiada Halangan…” Safawi Rasid Bakal Beraksi Menentang UD Leiria

Pastinya aksi pemain prolifik kebangsaan, Safawi Rasid amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak di Malaysia terutamanya dalam perlawanan Portimonense SC menentang UD Leiria pagi esok.

Dengan melihat jurang kekuatan antara Portimonense SC yang beraksi di divisyen utama dan UD Leiria di divisyen tiga, Safawi mungkin berpeluang untuk diturunkan sekurang kurangnya sebagai pemain simpanan.

Sumber : Facebook Portimonense SC

Medan uji pemain baharu

Perlawanan Piala FA Portugal juga dikatakan sering dijadikan sebagai medan kepada Portimonense menguji pemain baharu dan muda dalam pasukan seterusnya memantau pencapaian mereka setakat ini.

Sumber : Facebook Portimonense SC

“Jika tiada halangan kemungkinan perlawanan hujung minggu ini saya berpeluang untuk bermain sebagai pemain gantian.

“Namun, perkara itu terserah kepada barisan jurulatih dan ketika ini saya giat menjalani latihan untuk perlawanan berkenaan,”
katanya.

Terdahulu, peminat bola sepak Malaysia kecewa selepas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak diturunkan ketika bertemu FC Porto sebelum ini.

Sumber : Harian Metro, BH, Facebook

Salma Syahbuddin