Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 17, 2020 @ 12:15pm

Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Personaliti TV popular, penulis lirik dan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya terbabit kemalangan dan dilaporkan mengalami kecederaan di muka selepas terbabit dalam kemalangan.

Ahmad Fedtri Yahya, 39,  dilaporkan terjatuh dari basikal yang ditunggangnya di kawasan parkir Sri Pentas, Bandar Utama semalam.

Alami kecederaan teruk dimuka

Kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi semalam itu berlaku selepas beliau selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk program Malaysia Hari Ini.

Beliau yang kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat perubatan di Petaling Jaya itu dikhabarkan mengalami kecederaan serius pada bahagian muka, bibir, kening, dagu dan rahang.

Isteri mohon doa dari semua

Insiden yang berlaku juga telah dimaklumkan sendiri oleh isteri beliau, Nurul Anati menerusi laman instagram milik suaminya.

Bagaimanapun, isteri beliau bersyukur kerana pengacara itu tidak mengalami kecederaan serius pada anggota badan lain.

“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.

“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,”

Tambahnya lagi, suaminya itu jatuh tersembam menyebabkan bahagian muka beliau mengalami kecederaan dan doktor menyarankan untuk beliau menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang rahang beliau yang patah.

Apapun, sama-samalah kita doakan pengacara yang sentiasa mesra dengan senyuman dan kaya dengan bahasa puitisnya ini sembuh seperti sedia kala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Tue, 23 Dec 2025
Featured Tue, 30 Sep 2025

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Kisah Viral Fri, 16 May 2025
error: Content is protected !!