Categories: FeaturedTrending

“Fikir Dulu Sebelum Cakap..”- Persenda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Mohon Maaf

Pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Yunarae memohon maaf gara gara sebuah video yang tular baru baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ryzal, Ryzal menegur pakaian tradisi Maryam dengan mengatakan ianya seperti kain buruk dan alas TV. Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati budaya  orang Sarawak dan negara sendiri.

Menerusi laman Twitter, netizen turut mengecam tindakan Ryzal yang dianggap memanipulasi isterinya untuk mengejar kemewahan dan populariti semata mata.

Ramai yang turut bersimpati dengan Maryam kerana menerima nasib yang sama walaupun dia tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.

Beberapa rakan artis kelahiran Sarawak turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Ryzal.

Terbaru, kedua dua pasangan ini telah memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram.

Ryzal mengaku bersalah di atas tindakannya yang dianggap tidak menjaga sensitiviti kaum Iban di Sarawak. Ryzal turut menjelaskan bahawa isterinya tidak ada kena mengena dengan jenaka yang dilontarkan kerana Maryam tidak memahami apa yang diperkatakannya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”