Categories: FeaturedTrending

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi ahli anak Khalid,” katanya pada sidang akhbar secara maya, hari ini.

26 April lalu, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa mengadakan majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa Jiwa secara terbuka dan menjemput beberapa tetamu kenamaan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”