Categories: Trending

Gagal Cari Penyanyi Sebenar, Penyanyi Dangdut Bulan Cinta Ini Buat Ismail Izzani “Terciduk” !

Rancangan hiburan popular adaptasi Korea iaitu I Can See Your Voice Malaysia 3 kini telah memasuki minggu ketiga! Bagi episod ketiga yang ditayangkan pada malam tadi menyaksikan Ismail Izzani gagal apabila membuat keputusan yang salah dengan menyingkirkan empat penyanyi sebenar!

Identiti penyanyi misteri pada minggu ini menampilkan graduan universiti yang bertekad menurunkan berat badan supaya boleh tampil cantik, pekerja khidmat pelanggan yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab panggilan dan pertanyaan dalam talian, suri rumah, perenang polo, pekerja khidmat pelanggan dan jurulatih zumba. 

Apa yang menariknya, Ismail Izzani nampaknya kelihatan terciduk apabila menyingkirkan penyanyi sebenar yang disangka penyamar iaitu penyanyi dangdut kumpulan Eva yang popular dengan lagu “Bulan Cinta”. Yang lebih kelakar, Ismail tidak perasan bahawa wanita itu merupakan ibu kepada sahabat baiknya yang merupakan ahli kumpulan Putera Band.

 

Jangan lupa temu janji korang untuk menyaksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau korang juga boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Buat korang yang terlepas menonton episod kedua ICSYVM3 malam tadi, boleh layan video di bawah ni. Enjoy!

 

Sumber: Youtube TV3 Malaysia Official

Syafiqa Irdina