Categories: Trending

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh akaun world_record_egg di Instagram ini menjadi gambar paling banyak disukai setelah mendapat like melebihi 25 juta kali.

Pencapaian yang direkodkan oleh ‘selebriti’ telur ini berjaya mengatasi jumlah like sekeping gambar yang pernah dimuat naik oleh Kylie Jenner pada 2 Februari tahun lepas.

world_record_egg memuat naik gambar tersebut bersama-sama dengan satu kapsyen menyeru pengguna Instagram untuk menyukai gambar tersebut.

”Mari cipta rekod dunia bersama-sama dan dapatkan like terbanyak di Instagram. Ayuh tewaskan rekod semasa yang dimiliki oleh Jenner (18 juta). Kita mampu,” kata akaun tersebut.

Gambar telur berkenaan dikongsi pada 5 Januari lalu.

SGMS Enal