Categories: Gaya Hidup

Siang tanpa matahari, malam tiada bertemankan bulan, Alaska sebuah bandar penuh misteri

Selama 65 hari hanya bertemankan langit senja tanpa cahaya matahari, penduduk di Utqiagvik, Alaska, pastinya sudah tidak sabar atau terlalu merindukan momen kala fajar menyinsing juga saat matahari terbenam.

Sebagaimana laporan media antarabangsa sebelum ini, Utqiaġvik, Alaska,bandar paling utara di Amerika Syarikat, mengalami malam polar iaitu tempoh gelap pada musim sejuk. Fenomena ini menyebabkan tiada sebarang cahaya matahari bersinar di lingkaran kutub itu.

Kali terakhir penduduk di bandar turut dikenali sebagai Barrow itu dapat menikmati kehangatan matahari adalah pada 25 November 2018. Bagaimanapun penantian itu bakal berakhir pada 23 Januari 2019. 

Foto: adn.com

Menurut Weather.com, “Dari pertengahan November sehingga hujung Januari, matahari tidak akan terbit di utara Garisan Artik disebabkan kecondongan bumi yang jauh dari radiasi langsung sinar matahari.”

Terletak 330 batu di atas Garisan Artik, Utqiaġvik tidak akan tenggelam dalam kegelapan sepenuhnya selama dua bulan ini. Sebaliknya, ia akan mengalami fajar sidik atau “civil twilight” yang mana berlaku apabila matahari berada 6 darjah di bawah horizon dan menghasilkan sedikit iluminasi cahaya untuk melihat persekitaran. 

Foto: The Weather Network

Ketika fajar sidik berlaku, cahaya matahari akan dipantul daripada lapisan atas atmosfera ke permukaan bumi seksli gus menyebabkan suasana malap, sebelum matahari terbit dari ufuk pada sebelah osgi dan terbenam di bawah ufuk pada sebelah petang.

Keadaan ini mengambil masa enam jam untuk satu malam tetapi akan berkurang kepada tiga jam untuk satu malam sebaik menjelang Disember.

Kejadian malam polar ini sudah dianggap perkara biasa bagi 4,400 penduduk bandar Utqiaġvik. 

Kota tersebut menjadi rumah kepada populasi yang cukup besar dengan masyarakat Inipiaq dan menempatkan beberapa stesen kajian.

Selepas 65 hari tanpa cahaya matahari pada musim sejuk ini, penduduk di situ bakal melalui 80 hari tanpa malam pula sehingga bulan Mei ini.

Hebatnya ciptaaan Tuhan!

Sumber: EH

Yanie Baharom