Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 26, 2021 @ 8:36pm

Ganti Mira Filzah Jadi Pengacara Nona, Amyra Rosli Sedia Berdepan Kritikan Netizen – “Saya Dah Siapkan 101 Percent!”

Pelakon Amyra Rosli mengakui terkejut apabila dipilih untuk menerajui program Nona sebagai hos menggantikan aktres Mira Filzah.

Optimis dan menerima rezeki ini dengan penuh kesyukuran, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menganggap tawaran yang datang sebagai satu cabaran.

“Apabila saya dapat tawaran ini, saya rasa gementar. Jujur, saya sangat gugup kerana ia adalah benda baru. Tapi, saya ambil ia sebagai satu cabaran dan mahu keluar dari zon selesa.

“Saya anggap ia rezeki untuk belajar sesuatu yang baru dan saya mahu menimba ilmu. Amar juga gembira apabila saya mendapat tawaran ini dan dia memberikan sokongan. Amar tahu saya gementar tapi dia memberikan dorongan tak berbelah bahagi,” kata Amyra.

Menggemari cara pengacaraan hos Nona terdahulu seperti Puan Sri Normala Samsudin, Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Datin Fouziah Gous, Amyra bersedia berhadapan dengan kritikan.

“Saya dah siapkan diri, bersedia 101 peratus. Bukan tak peduli dengan kritikan, tapi apabila kita buat baik, orang akan mengata… Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah, ini rezeki saya dan menerimanya dengan gembira.

“Saya akan mengacarakan program ini dengan cara saya tersendiri. Tak ada sesiapa pun sempurna, jadi kalau kena kecam nanti, saya akan senyum sahaja. Selalunya, mereka yang mengecam adalah haters.

“Apabila mereka mengecam, maknanya saya dah menarik minat mereka untuk menonton Nona. Saya hanya mengambil positif mengenai perkara terbabit kerana saya mencuba perkara baru,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan penampilan sulung Amyra sebagai hos Nona bermula 8 Ogos 2021, jam 2 petang di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jul 2025
Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Trending Sat, 31 Jul 2021

Hawa Rizwana, Ally Iskandar & Douglas Lim Jadi Penyampai Radio

Pembaca berita Hawa Rizwana, pengacara Ally Iskandar serta pelakon dan pelawak popular, Douglas Lim merupakan penyampai baru segmen pagi platform radio Media Prima Berhad, RIPPLE. Ally dan Hawa bergandingan untuk mengendalikan segmen pagi di stesen […]

Hiburan Mon, 3 Jul 2023
error: Content is protected !!