Categories: Trending

Gempar! Bas Rempuh Lebih 10 Buah Kereta Di MRR2

Patutlah sesak! Persoalan kenapa laluan dari Jalan Ampang ke MRR2 sesak teruk walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 malam akhirnya terjawab.

Kesesakan berpunca apabila sebuah bas yang dipandu laju dilaporkan merempuh lebih daripada 10 buah kenderaan, malam tadi.

Kejadian yang berlaku di kawasan Jalan Ampang itu menggemparkan situasi sekeliling apabila pemandu memandu secara berbahaya bermula dari Keramat sehingga ke laluan masuk Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Difahamkan beberapa motorsikal cuba mengejar bas tersebut namun pemandu bas enggan memberhentikan pemanduan.

Menerusi video dan beberapa gambar yang telah tular, pemandu bas itu dilihat terduduk dalam keadaan kepala berdarah. 

Pemandu bas tersebut juga telah ditahan oleh orang awam sementara menunggu kedatangan pihak polis. 

SGMS Faida