Categories: Eat TravelFeatured

Ikuti Tip-Tip Memilih Seat Kapal Terbang Ini Untuk Rasa Selesa, Menurut Seorang Pramugara

Walaupun anda tak takut untuk menaiki kapal terbang, anda tak boleh nafikan yang pengalaman itu, tak kiralah lama atau sekejap, memang tak selesa.

Dahlah sempit, sejuk pula! Kadang-kadang persekitaran anda terlalu bising atau cerah, tapi anda langsung tak boleh mengawalnya.

Memang streslah kalau anda terperangkap di tempat duduk anda untuk jangka masa yang lama. Kalau nak senang, beli tiket first class, tapi bukan semua orang mampu.

Nasib baik ada beberapa cara “lebih murah” yang boleh berikan anda keselesaan di atas pesawat. Dan mereka semuanya berkaitan dengan pemilihan seat yang ideal.

Jenis tempat duduk anda memainkan peranan yang besar terhadap tahap keselesaan anda ketika di udara. Terpulanglah sama ada anda ingin lokasi yang lebih senyap, ataupun ruang kaki yang lebih luas, contohnya.

Insider telah bercakap dengan pramugara dari Hawaiian Airlines, Kaipo Kauka untuk mendapatkan idea tentang tempat duduk mana yang paling best bergantung kepada citarasa anda. Jom check.

1. Jika anda ingin tidur sepanjang penerbangan, pilih seat di sebelah tingkap.

Kalau bosan dalam flight, tidur saja! Lebih-lebih lagi kalau penerbangan anda mengambil masa yang lama. Malangnya, susah nak cari posisi yang selesa dengan seat yang sempit.

Kaipo mencadangkan anda memilih window seat kerana anda boleh sandar padanya. Takkan nak lentok di bahu orang yang duduk di sebelah anda?

Foto: www.johnnyjet.com

2. Jika anda ingin lokasi yang senyap, pilih seat sebelah tingkap yang jauh daripada bahagian “dapur”.

Tak kiralah jika anda ingin tidur atau hanya ingin pengalaman yang kurang merunsingkan, jauhi daripada kawasan galley kerana di situlah para flight attendant akan bekerja untuk menyediakan makanan atau minuman untuk penumpang.

3. Jika anda perlu kerap ke tandas, pilih aisle seat.

Aisle seat ini adalah tempat duduk di paling hujung dari tingkap, iaitu di tepi laluan. Kalau anda duduk di seat dalam, anda mungkin akan menyusahkan orang di aisle seat kerana dia terpaksa bangun untuk beri laluan.

Anda juga boleh rujuk kepada seat map kapal terbang untuk tahu lokasi mana yang berdekatan dengan tandas.

Foto: Shutterstock/Yellowj

4. Jika anda selalu rasa sejuk dalam kapal terbang, jauhi daripada pintu kecemasan.

Di dalam kapal terbang pun ada pintu kecemasan. Kerana ia boleh dibuka, udara dari luar boleh masuk di celah-celah pintu itu ke dalam pesawat. Jadi orang yang duduk di sebelah pintu itu akan rasa sejuk.

5. Jika anda ingin ruang kaki yang luas tapi tak nak bayar untuknya, pilih tempat duduk di pintu kecemasan.

Foto: katueng/Shutterstock

Walaupun lokasi ini sejuk, anda akan rasa beruntung kerana boleh lunjurkan kaki sikit. Seat ini memang memerlukan ruang lebih untuk memudahkan evacuation.

Kalau anda ada duit lebih, boleh saja bayar untuk seat yang memang ada ruang kaki yang luas, tapi kalau tak nak bayar, pilih seat di emergency exit.

Tapi ingat! Jika ada dua barisan tempat duduk emergency exit, kerusi di barisan depan tak boleh digerakkan ke belakang.

6. Jika anda ingin letakkan kaki tinggi sikit daripada lantai, jangan pilih tempat duduk depan sekali.

Ia dipanggil bulkhead seat. Memang ia ada ruang kaki yang luas, tapi tak bolehlah nak angkatkan kaki dan letakkannya pada dinding di depannya. 

Foto: www.feels.me

7. Jika anda tak tahan dengan turbulence, duduk di bahagian depan kapal terbang.

Inilah perkara yang paling tak best apabila di dalam kapal terbang; pergolakan di atas udara apabila kapal terbang melalui awan atau angin kuat.

Kaipo berkata, “Walaupun seluruh bahagian kapal terbang akan terasa turbulence, ia tak terasa sangat di bahagian depan. Lagi depan lagi bagus.”

Jika anda inginkan pilihan makanan atau minuman yang best, duduk di bahagian depan.

Para flight attendant akan datang dari bahagian depan untuk hidangkan makanan atau minuman. Jadi jika anda berada di situ, anda gerenti akan dapat pilihan makanan yang anda ingini. Manalah tahu, mungkin bila sampai ke bahagian belakang, sesetengah jenis makanan dah habis.

Jadi, anda dah tahu seat mana yang bagus untuk anda? Buat pilihan yang betul!

Sumber: Insider

Ad Ops