Categories: Trending

Gempar! Mayat Lelaki Terbaring Di Landasan LRT

Mayat lelaki dipercayai penumpang yang terjatuh ditemui di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.51 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati mayat lelaki itu terbaring di landasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ismadi berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, kami mendapati lelaki itu dilihat keluar daripada tren.

“Mangsa kemudian dilihat turun ke landasan itu sebelum dilanggar tren dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pihak polis masih menyiasat punca kejadian sama ada lelaki itu mabuk atau mahu membunuh diri. Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. – BH Online.

SGMS Faida