Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesebuah filem, persembahan dalam setiap susunan jalan cerita amatlah dititiberatkan. Malah, runut bunyi sesebuah filem juga turut memainkan peranan penting dalam memberikan emosi kepada penonton.

Justeru itu, bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali.

Merupakan naskah hebat daripada Aubrey Suwito dan Ad Samad, tidak hairanlah sekiranya lagu ini mendapat tempat dihati peminat Dayang Nurfaizah sendiri dan kepada mereka yang baru pertama kali mendengarnya.

 

Bagi peminat filem Pulang anda sudah tentu mahu menyaksikan, melihat dan mendengar sendiri lagu Layarlah Kembali berulang-ulang kali bukan?

Jadi apa tunggu lagi, anda kini boleh saksikan dan layari sendiri video klip ini yang telahpun dilancarkan pada 31 Julai 2018 dan kini telahpun mendapat 2,019 juta tontonan dilaman Youtube.

Dan jangan lupa untuk terus support dan undi lagu Layarlah Kembali di carta Muzik-Muzik #33 hanya di xtra.com.my!
Salma Syahbuddin