Categories: FeaturedOh Lawa

13 Foto Ini Menunjukkan Sejauh Mana Wanita Sanggup Pergi Untuk Nampak Perfect

Sekarang ini ada macam-macam alat kecantikan yang pelik-pelik. Tapi oleh kerana ia menjanjikan ‘perfection’ pada rupa si pemakai, ramai orang sanggup habiskan wang mereka.

Seorang jurugambar dari Latvia, Evija Laivina, telah mempamerkan alat-alat ini menerusi siri foto yang digelar “Beauty Warriors” dan telahpun memenangi anugerah.

Di dalam setiap gambar Evija, seorang wanita dilihat sedang menggunakan satu produk kecantikan.

Menurut laman web jurugambar ini, semua alat ini telah dibeli melalui eBay dan kebanyakannya adalah barangan keluaran negara China.

“Produk-produk ini menjanjikan pemulihan serta-merta terhadap semua masalah kecantikan tanpa perlu ada pertolongan dari segi pembedahan.”

“Setiap alat ini nampak menarik bagi saya dan saya cuba tunjukkan hubungannya dengan model-model wanita saya,” kata Evija.

“Untuk berjaya dalam hidup, anda mesti menjadi perfect dan nampak perfect. Inilah peraturan masyarakat yang kita ikuti tanpa menyedari bagaimana standardnya langsung tak masuk akal. Kita sering lupa tentang kecantikan dalaman seseorang itu.”

Betul juga.

Jom kita tengok foto-foto yang Evija telah kongsikan. Scary pun ada!

Alat-alat ini mengelakkan muka anda daripada berkedut

Alat ini boleh kuruskan muka

Alat ini dikatakan boleh hilangkan double chin

Alat ini digunakan untuk mengubah bentuk hidung

Alat ini boleh meninggikan lagi struktur hidung

Alat ini boleh jadikan kelopak bulu mata berlipat

Alat ini membuatkan senyuman anda nampak lebih “comel”

Alat ini menebalkan lagi bibir anda

Alat anti-aging ini mengetatkan otot muka

Extreme, kan? Anda pernah try mana-mana alat di atas?

Sumber: Insider, Evija Laivina

Ad Ops