Categories: Trending

Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya masih menangis setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Genap 100 hari pemergian Sarah, Shuib mendedahkan emosinya juga sering terganggu.

“Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami okay, cuma kadang-kadang mereka berkata mengenai ibu mereka yang sudah tiada. Kalau saya sendiri pula, tipu kalau cakap tak rindu.

“Saya sangat rindukan dia. Perasaan itu memang berat dan masih tidak boleh move on. Saya senang mengalirkan air mata apabila terkenangkan dia,” katanya kepada Xtra.

Shuib ditemu bual usai acara aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan, 3 bulan dan majlis tahlil sempena 100 hari pemergian arwah Sarah yang diadakan di dewan kediaman mereka malam tadi.

Dalam majlis terbabit yang dihiasi oleh pelamin indah rekaan Melur Putih, Ayash telah ditahnikkan oleh pendakwah selebriti, Ustaz Tarmizi Abd Rahman.

Jelas Shuib, semuanya terjadi dengan begitu cepat dan dia masih lagi merasakan arwah berada dekat dengannya.

“Sebenarnya, kalau nak diikutkan, saya ini orangnya memang kenal dengan diri sendiri. Saya seorang yang sering bermotivasi dan sering menerima jemputan untuk beri ceramah di pelbagai tempat.

“Tapi apabila perkara sebegini terjadi, saya rasakan segalanya terjadi dengan begitu cepat dan saya masih mengambil masa untuk menerima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya, dia ada sahaja. Bila saya tengok anak-anak, saya akan terus ingat dia,” katanya.

Masih berehat dan belum menerima sebarang tawaran melibatkan bidang seni, Shuib banyak menghabiskan masa bersama keluarganya.

“Saya dah lama tak kerja dalam bidang seni. Dalam bisnes pula, saya sudah lama sangat tak ke pejabat. Kadang-kadang, saya ada turun padang ke beberapa cawangan Bubblebee tetapi masih belum masuk ke pejabat lagi,” katanya lagi.

Kredit foto: Instagram @jukimee
Pelamin: Melur Putih

Padin