“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia

“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia

Perasaan anak mana yang tidak sedih apabila melihat ayahnya yang sudah berusia masih bekerja untuk keselesaan anak-anak.

Seorang pengguna TikTok bernama @brassicaolerasia, telah berkongsi mengenai ayahnya yang masih bergelut untuk bekerja walaupun sudah berusia.

@brassicaolerasia

Ayah😭 #fyp

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – BrassicaOlerasia91

Klip video itu menunjukkan ayahnya yang masih kuat bekerja sehingga dia tidak perasan apabila wanita itu memanggilnya berkali-kali.

Namun, apabila dia melihat ayahnya bekerja keras membuatkan dia berasa sebak kerana merasa dirinya gagal sebagai seorang anak.

Menurut wanita tersebut, dia terkejut melihat ayahnya melakukan kerja-kerja di rumah orang selepas selesai menghantar tilam yang dijualnya kepada pelanggan.

“Tadi masa pegi COD tilam kat customer, tiba-tiba aku nampak ayah aku weh. Cepat-cepat aku undur kereta. Dia tengah buat kerja kat rumah orang.

“Aku tersentuh sangat. Sebagai anak aku rasa macam ‘fail’. Aku masih tak mampu nak bagi ayah aku berehat. Dari aku kecik dia kerja.

“Banyak kali aku panggil dia tak perasan. Puas aku panggil baru dia berpaling. Tapi itulah seorang ayah. Mana dia nampak letih. Senyum lagi adalah.

“Semoga Allah bagi rezeki melimpah ruah untuk aku. Aku nak bagi mak ayah aku senang. Tak payah kerja lagi dah.

“Nanti dah cukup duit nak bawak mereka pergi Mekah. Tu harapan aku. Doakan aku,” katanya dalam video.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 895,000 tontonan dan 132,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Marcella