Categories: Trending

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Iringi Konsert Duo Jamal Dan M. Nasir. Wow!

Wah! rasanya tak sabarnya untuk menonton Konsert Duo bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir.

Apa yang membuatkan penulis teruja sangat, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali khabarnya sanggup menyertai kelas latihan biola bagi memastikan kemunculan istimewanya pada konsert berkenaan berjalan dengan baik sekaligus meninggalkan kesan mendalam buat penonton.

Jamal berkata, dia bersama M. Nasir akan menyertai Siti Hasmah selama empat hari di kelas tersebut bagi membolehkan mereka menjalani latihan menerusi lagu Gubahanku.

“Sebenarnya apa yang saya diberitahu beliau memang ada rutin pergi ke kelas biola setiap minggu namun bersempena dengan persembahan kami nanti, Siti Hasmah lebih giat berlatih.

“Insya-Allah bermula esok (Selasa) kami akan berlatih selama empat hari di kelas biola beliau dan sebagai penyanyi, saya memang teruja,” katanya.

Foto: Harian Metro

Konsert Duo Legenda itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini. Ia turut diserikan dengan persembahan Cassidy Anderson.

Siti Hasmah akan membuat kemunculan pada 22 Disember bersempena malam VVIP itu konsert itu.

Mengapa lagu Gubahanku menjadi pilihan Siti Hasmah, ini kerana lagu itu adalah lagu kegemarannya.

Sementara itu, Jamal berkata, pada malam VVIP itu, pihaknya turut mengadakan segmen khas bagi mengutip dana daripada penonton untuk disalurkan kepada pihak kurang berkemampuan seperti rumah anak yatim dan rumah kebajikan orang tua.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM1,000 hingga RM158 dan boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com atau kaunter tiket Istana Budaya.

Sumber: mStar

Yanie Baharom