Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Jika ramai wanita Melayu teringin mengahwini lelaki Inggeris, lain pula bagi penyanyi Cassidy La Creme.

Akui wanita berusia 31 tahun ini, dia lebih tertarik dengan jejaka Melayu.

“ Saya suka dengan lelaki Melayu. Sebelum ini saya pernah bercinta dengan jejaka Melayu tetapi jodoh tak panjang.

“ Walaupun pernah terkandas dalam percintaan, saya tidak pernah serik dengan lelaki Melayu. Ada lelaki Melayu di luar sana untuk saya tak?,” katanya sambil ketawa.

Tambah Cassidy atau nama sebenarnya Cassidy Anderson, pengalamannya menetap di Singapura memberikannya ruang berkenalan dengan ramai kenalan Melayu.

“ Saya faham sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki Melayu, saya perlu memikirkan tentang agama.

“ Terlalu awal untuk cakap sebab saya masih solo buat masa ini tetapi hati saya tidak pernah tertutup untuk lelaki Melayu,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, Cassidy bakal membuat persembahan di Konsert Duo Lagenda bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir di Istana Budaya bermula 20 hingga 23 Disember ini. Tak sabar nak tengok Cassidy buat kejutan pada hari tu nanti! 

SGMS Faida