Categories: Trending

“Grandma Panggil Dia Budak Turki” – Umur Bayi Cecah 3 Bulan, Anzalna Dedah Tengok Drama Turki Ketika Mengandung

Umum mengetahui, pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Mei lalu.

Harini, bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itu sudah mencecah usia 3 bulan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Anzalna memanjatkan rasa syukur apabila putera bongsunya itu kini sudah berusia 3 bulan

“Alhamdulillah Emirhan is 3 months old. 

Lebih mengujakan apabila Anzalna mendedahkan bahawa ibu mertuanya memanggil bayinya dengan panggilan ‘budak Turki’.

“Grandma panggil dia budak Turki.

Tambah Anzalna, dia juga memberitahu dia dan ibu mertuanya itu sering menonton drama Turki beratus episod ketika mengandungkan bayi kedua.

“Sepanjang pregnant mommy asyik tengok Turkish drama beratus episod dengan grandma,” tulisnya.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji kecomelan Emirhan dan ada juga yang mengatakan raut wajah bayi sama seperti bayi Turki.

Sumber: Instagram anzalnanasir88

Khairil Khusyairi