Categories: Trending

Guna Duit Syiling Dan RM1 Bayar Kompaun, Ayah Sanggup Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar PKP

Kita sudah sedia tahu, sesiapa sahaja yang ditangkap kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sebanyak RM1000.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang perkongsian seorang penjaga kaunter yang tersentuh melihat seorang ayah membayar kompaun anaknya dengan menggunakan duit syiling dan RM1.

Kisah ini dikongsi oleh seorang pangguna Facebook yang bernama Siti Rohaiza. Menurut Siti Rohaiza, seorang bapa telah datang kepadanya untuk membayar kompaun anaknya yang ingkar arahan PKP. Apa yang lebih menyedihkan, lelaki tersebut membayar kompaun dengan menggunakan duit syiling dan RM1.

“Terima bayaran kompaun pagi tadi daripada seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling??? Kenapa guna duit RM1. Jenuh iza nak mengira pagi tadi.

“Bila ditanya, jawapannya; “korek tabung”…Sentap hati ni dengar,” tulis Siti Rohaiza.

Kredit foto: Facebook

Menerusi posting tersebut, Siti Rohaiza sempat berpesan kepada remaja lain supaya mematuhi arahan PKP dan kasihanilah ibu bapa yang terpaksa menanggung beban.

“Wahai anak-anak sekalian terutama yang masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah. Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai.

“Jangan mengada-ngada konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena, nah kau susahkan mak ayah. Korang ingat senang nak cari duit?

“Iza doakan bila anak-anak ni dah bekerja nanti, kau bayarlah balik duit mak pak korang ni…Perit kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak,” tulisnya lagi.

Perkongsian ini ternyata telah menarik perhatian warganet. Kebanyakkan daripada mereka berpendapat remaja yang berusia 18 tahun itu beruntung kerana ayahnya mempunyai duit simpanan.

Namun dalam pada masa yang sama, ramai juga yang bersimpati terhadap bapa remaja tersebut kerana sanggup “mengorek” tabung hanya untuk membayar kompaun anaknya.

Sumber: Facebook Siti Rohaiza

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover