Categories: Trending

“Harap Doa Yang Baik-Baik” Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Bertunang Secara Online

Tahniah!

Masih dalam perintah kawalan pergerakan, namun ianya tidak menghalang untuk pasangan pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara online.

Menerusi laman instagram kedua-dua pasangan ini, mereka dilihat sempat berkongsi gambar dan beberapa rangkap pantun sempena majlis pertunangan mereka yang dilangsungkan pada Selasa.

Malah, Nabil yang juga bekas pengacara Pop TV itu meminta agar semua peminat baik peminat Ayda dan dirinya agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Dalam pada itu, Nabil turut memaklumkan akan berkongsi secara lanjut mengenai majlis pertunangannya itu di akaun Youtube milik mereka tidak lama lagi.

Sumber : Instagram @aydajebat

Terdahulu, kisah mengenai hubungan mereka menjadi perbualan hangat netizen apabila Ayda Jebat berkongsi cincin lamaran yang diterimanya sempena hari ulang tahun beliau yang ke-28 pada 18 Mac lalu.

Salma Syahbuddin