Trending By: Padin November 14, 2021 @ 9:24am

Harith Zazman Umum Isteri Hamil Dalam Muzik Video Shut Up

Jika dua lagu sebelum ini iaitu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Tak Tahu menampilkan penyanyi Harith Zazman berkolaborasi bersama bintang lain, kini bakat baharu itu muncul dengan single solo berjudul Shut Up.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Harith Zazman, Mage, Pique dan Fahimi Rahmat itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak 1 Oktober lalu di bawah terbitan syarikat rakaman Faithful.

Menariknya, video rasmi (MV) lagu Shut Up yang bakal dilancarkan pada 12 November lepas turut memaparkan elemen kejutan buat peminat iaitu perkongsian mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang dinikahinya pada 28 Ogos lalu.

“Ini adalah lagu solo pertama saya. Sejujurnya saya amat takut juga pada awalnya, tapi pengurus saya cakap bila lagi nak buat secara solo kalau bukan sekarang. Jadi, pada 12 November lepas, video muzik rasmi lagu ini dilancarkan.

“Dalam video terbabit, saya berkongsi berita baik mengenai kehamilan isteri saya. Jadi, ini adalah eleman kejutan yang ditampilkan dalam muzik video saya.

“Untuk MV semua idea datang daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze. Dia memang nak sesuatu yang berbeza daripada saya. Jadi, itu yang timbul idea ‘alien’ dan ‘outer space concept’.

“Ia mengenai ‘alien couple’ yang isterinya berasa kurang selamat dengan ‘alien’ lain tapi suaminya disitu untuk memujuk. Memang ada tarian yang pelik untuk menunjukkan cara si suami memujuk si isteri.

“Apa pun ia pengalaman yang menarik ketika penggambaran dijalankan. Kena tengok betul betul juga di mana ada babak di mana isteri saya mengandung. Ia secara tak langsung nak berkongsi berita gembira ini. Alhamdulillah,” katanya.

Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui timbul rasa gementar.

“Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju. Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula. Apa saya risau adalah saya ini bukan penyanyi dari awal, jadi agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah.

“Itu yang buatkan saya risau. Tapi saya fikir, lama kelamaan kalau nak buat perkara ini serius kena belajar jika mahu terus bergerak solo. Kalau tak bila lagi nak buat. Dari segi rakaman tidak ada masalah, sebab sudah lama dengan Faithful, jadi saya ‘enjoy’ saja.

“Cuma yang saya risau juga mengenai sambutan dan penerimaan pendengar. Kalau berkolaborasi dengan artis lain sudah tentu peminat mereka akan mendengar sekali. Kali ini saya solo saja, pendengar pun berdasarkan peminat saya saja, itu yang membuatkan saya sedikit gementar, tapi Alhamdulillah okay saja,” katanya.

Shut Up boleh didengari semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox
manakala muzik video rasmi ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jul 2020

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Jom sama-sama kita perbanyakkan doa di hari mulia ini..

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] Covid-19 Bakal Ancam Populasi Dunia – Profesor Gabriel Leung

Semoga penyebaran virus ini menemui penawarnya

Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

Trending Mon, 9 May 2022

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022. MPA memulakan tahun 2022 dengan […]