Sponsored By: Nabihah August 30, 2023 @ 2:34pm

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan secara langsung di TikTok live dan disaksikan oleh ratusan ribu viewer dengan HONOR 90 5G sebagai penaja utama.

Memang gempak betul!

Kredit: Facebook HONOR Malaysia

 Anugerah berprestij ini juga menyaksikan Khairul Aming yang dinobatkan sebagai Creator of the Year. Yang paling terkesan di hati admin tentulah ucapan Khairul Aming yang mantap dan sangat memberi inspirasi kepada kita semua serta content creators yang baru mula berjinak dalam bidang ini.

“Buat adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran, walaupun awak nak jadi content creator awak kena ingat, jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral, untuk relevan lama dalam industri awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense. Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia”

Sangat-sangat bermakna dan memberi kesan kan? Yelah, dalam mengejar impian nak jadi content creators tu, kenalah ada nilai-nilai murni dalam diri, barulah dapat sebarkan kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Terokai pengalaman telefon pintar tanpa batas dengan HONOR 90 5G

HONOR Malaysia

Untuk mencipta sebuah kandungan yang menarik, pastinya korang perlukan sebuah smartphone yang canggih dan terbaik. Betul tak?

HONOR 90 5G mampu berikan korang pengalaman luar biasa dengan ciri-ciri istimewa seperti berikut:

1. Kamera canggih 200MP

Bila nak buat video, kamera kenalah mantap, barulah dapat hasil yang bagus. Kini, content creators TikTok boleh mencipta kandungan menarik dengan HONOR 90 5G yang dilengkapi dengan Kamera Super Sensing 200MP dengan sensor CMOS 1/1.4 inci.

Ia mampu menangkap butiran yang menakjubkan dan menyekat sorotan dalam mod resolusi tinggi. Walaupun korang rakam video dalam keadaan cahaya malap, kamera HONOR 90 5G mampu menyerap lebih banyak cahaya sekaligus menghasilkan tangkapan yang lebih terang.

Ia juga menampilkan Kamera Menghadap Hadapan Super Jelas 50MP yang menyokong rakaman 4K, sangat sesuai untuk content creators yang merakam vlog on-the-go dan secara tak langsung peminat pun dapat rasa lebih dekat dengan vlogger kesayangan mereka.

Korang juga boleh menggunakan enam mod berbilang rakaman untuk menukar antara kamera hadapan dan belakang serta memudahkan pengeditan dan membolehkan korang bereksperimen dengan pelbagai sudut dan perspektif.

Selain itu, kamera hadapan HONOR 90 5G turut mempunyai lensa sudut Ultralebar 100° yang boleh memuatkan lebih ramai orang dalam satu frame. Jadi takde masalah kalau korang nak rakam video ramai-ramai!

2. Memori dan ruang penyimpanan yang besar

HONOR 90 5G menampilkan Chipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated dan 12GB RAM, memberikan pengalaman tanpa lag semasa mengedit video TikTok.

Bukan itu saja, dengan kapasiti storan 512GB yang besar, korang dah tak perlu risau tentang kehabisan ruang untuk draf video. Yeay, boleh simpan video banyak-banyak!

3. Bateri yang tahan lama 

Korang perasan tak bateri fon cepat drained bila rakam video. Leceh pulak kena bawak power bank ke mana-mana. Dah lah berat!

Haa..dengan bateri 5,000mAh, HONOR 90 5G mampu membekalkan kuasa melalui hari yang sibuk merakam video.

Walaupun mempunyai bateri yang besar, telefon pintar ini hanya mempunyai berat 183g dan berkenipisan 7.8mm. Ia juga mempunyai paparan empat lengkung, reka bentuk langsing dan badan yang ringan untuk cengkaman yang selesa dan selamat.

Kalau bateri hampir habis, ia boleh dicas sehingga 45 peratus dalam masa 15 minit sahaja, terima kasih kepada ciri 66W HONOR SuperChargenya!

4. Perlindungan mata dari cahaya skrin berlebihan

Kadang-kadang bila tengok skrin lama sangat, mata mesti akan rasa letih, tegang dan kabur. Yelah, tengok skrin berjam-jam, dengan lampu terang dari skrin pula, boleh silau dibuatnya.

Haa..sekarang korang dah tak payah  walaupun tengok video TikTok selama berjam-jam, kerana telefon pintar ini mempunyai perlindungan mata peredupan bebas risiko, yang menggabungkan teknologi peredupan PWM frekuensi ultra tinggi yang diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland.

Teknologi inovatif ini dapat membantu mengurangkan ketegangan mata, keletihan dan penglihatan kabur yang disebabkan oleh paparan skrin.

Haa..amacam? Mesti korang dah jatuh cinta dengan HONOR 90 5G ni kan?

Jadi, apa tunggu lagi, cepat dapatkannya hari ini juga pada harga RM1,799 untuk 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB serta jangan lepaskan peluang untuk rebut ganjaran bernilai sehingga RM647*. Tertakluk terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jan 2021

Kes Tertinggi Pernah Direkodkan, Kes Baru Positif Covid-19 Catat 3,309

Tiada apa yang mustahil, kita pasti boleh menang sekali lagi!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Wed, 24 Apr 2024

Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

Alhamdulillah, akhirnya urusan kedua belah pihak dipermudahkan💙

Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB : Lebih Banyak Sektor Industri Kecil Dibenarkan Beroperasi

Alhamdulillah buat sektor industri kecil