Categories: Trending

Hukum Meninggalkan Tiga Kali Solat Jumaat Sepanjang PKP

“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang darurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.” (H.R Al-Nasa’ie)

Solat Jumaat merupakan tuntutan syarak ke atas setiap lelaki Islam yang mukallaf. Terdapat ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Keringanan mengerjakan Solat Jumaat ketika menghadapi ancaman virus

Namun begitu, terdapat keringanan diberikan kepada mereka yang mempunyai keuzuran untuk tidak hadir.

Gambar sekadar hiasan

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran?

Baginda menjawab : “Perasaan takut atau sakit”.

Syeikh Ali Al Qaradaghi: “Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang tersebar disebabkan oleh perasaan takut dijangkiti virus tersebut”.

Sekiranya PKP menyebabkan terlepasnya solat Jimaat sebanyak 3 kali, mengambil kira faktor takut merebaknya COVID-19 dengan lebih meluar, maka mereka yang meninggalkan solat tersebut disebabkan keuzuran ini tidak termasuk dalam golongan yang mendapat ancaman Allah.

Gambar sekadar hiasan

Semoga wabak COVID-19 ini dapat dihapuskan dengan cepat agar umat Islam kembali merasai kenikmatan mengerjakan solat Jumaat bersama-sama.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”