Categories: FeaturedOh Lawa

Jom belajar buat anting-anting, tidaklah bosan terperap di rumah saja

Masuk minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh jadi tepu duduk di rumah hingga buntu memikirkan apa yang boleh dibuat lagi, menu harian pun makin lama makin sendu.

Bagi anda yang mula dibebani perasaan sebegini, apa kata cuba sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran, contohnya menghasilkan kraf tangan seperti anting-anting.

Untung-untung boleh digayakan pada Aidilfitri nanti. Selain itu, mungkin juga permulaan yang baik untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, sekali gus memulakan karier sebagai usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Tetapi bagaimana untuk memulakannya memandangkan tidak pernah mengikuti kursus seni kraf tangan?

Apa yang susah, YouTubekan ada! Menerusi saluran YouTube, banyak benda yang boleh dipelajari, termasuk menghasilkan aksesori anting-anting menggunakan bahan-bahan murah dan tampak mahal.

Tinggal lagi hanya memerlukan anda berimaginasi kreatif dan teliti supaya hasil kraf tangan tampak halus dan cantik.

Melalui saluran YouTube juga, ada dikongsikan video panduan mengenai teknik solekan terkini, variasi makanan dari seluruh dunia dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, fokus Hijab & Heels kali ini lebih kepada pembuatan anting-anting DIY (Do It Yourself).

Bagi memudahkan wanita di luar sana, kami kongsikan beberapa video menarik menghasilkan aksesori anting-anting.

Kalau Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, pandai seni kraf tangan crochet (merenda) anda juga pasti boleh!

Sumber: YouTube

 

Sumber: YouTube

 

Sumber: YouTube

 

Yanie Baharom