Categories: Eat Travel

Resipi ayam goreng ala McD, rangup dan menyelerakan!

Tidak dinafikan sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan wanita mempunyai banyak masa untuk memasak sendiri di rumah. Bagaimanapun, jika setiap hari memasak, boleh mati kutu juga dibuatnya apabila memikirkan menu apa yang hendak disediakan.

Sekali-sekala, pasti tekak terasa mahu makan makanan segera seperti ayam goreng McDonald’s (McD) atau Kentucky Fried Chicken (KFC). Pada tempoh yang perlu berjimat ini, pasti ramai yang berfikir dua kali jika hendak membuat pembelian makanan secara dalam talian.

Tidak mengapa, anda boleh buat sendiri menu kegemaran itu di rumah. Jika sebelum ini Hijab & Heels pernah berkongsi cara memasak ayam goreng ala KFC, kali ini kami kongsikan pula resipi ayam goreng ala McD kepada anda.

Kredit gambar: Seismik Makan

Jom lihat resipi di bawah:

Bahan-bahan (perapan ayam):
– 1/2 ekor ayam
– 3 sudu besar serbuk cili
– 2 sudu besar garam bawang putih (jika tiada bahan ini, boleh gantikan dengan 5 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 1 sudu teh garam)
– 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):
– 2 cawan tepung jagung
– 1 cawan tepung gandum
– 3 sudu besar serbuk cili
– 2 sudu besar garam bawang putih
– 2 sudu besar lada sulah
– 2 sudu besar herba campuran (mixed herbs)
– 2 sudu besar serbuk penaik

Cara penyediaan:
1. Gaul ayam dengan bahan perapan dan biarkan selama 30 minit (lagi lama lagi bagus).
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 ke 15 minit sehingga ayam masak.

Kredit gambar: Seismik Makan

Ayam goreng ala McD siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit gambar: Seismik Makan

Kredit sumber: Seismek Makan

Ad Ops