“Dari Hati Yang Terdalam, Saya Doakan Mereka Dikurniakan Zuriat” – Bakal Bergelar Ibu, Dayah Bakar Tak Lupa Titip Doa Buat Wanita Lain

Personaliti televisyen terkenal iaitu Dayah Bakar baru-baru ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertamanya!

Pengacara bagi rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya hari ini.

Menurut Dayah, ini adalah masa terbaik untuk berkongsi berita gembira setelah kandungannya memasuki trimester kedua.

Turut Mendoakan Wanita Lain

Dengan rasa rendah diri, pemilik nama Nur Hidayah Datuk Abu Bakar itu juga turut mendoakan kepada para ibu di luar sana yang sedang menantikan zuriat dikurniakan rezeki yang sama.

“Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi. Have faith, In sha Allah, tulisnya di Instagram.

 

https://www.instagram.com/p/B-fzyJ-pi_V/

Terdahulu, perkahwinan Dayah tular apabila dikatakan memilih jiran rumah yang juga kawan sekolah zaman kecilnya iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 lepas.

Tahniah Xtra ucapkan buat Dayah dan pasangan, semoga kesihatan si ibu dan kandungan dalam keadaan baik dan juga sentiasa dalam perlindunganNya.

Syafiqa Irdina