Categories: Trending

i-Lestari : Pembayaran Bulan Mac Kini Diawalkan, Ini Sebabnya…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pembayaran bulanan i-lestari untuk Mac ini kini diawalkan iaitu pada minggu akhir bulan Februari 2021.

Menurut KWSP, pembayaran awal tersebut dilakukan bagi melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat pada 8 Mac ini.

Perkara tersebut dikongsi menerusi laman Facebook KWSP pada Rabu bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenai hal tersebut.

Namun, bagi ahli yang menerima bayaran sepanjang minggu ini pula, tiada bayaran i-Lestari akan dibuat bagi bulan Mac.

Terdahulu, i-Lestari merupakan pengeluaran bagi akaun 2 yang diperkenal oleh KWSP pada tahun lalu dengan pembayaran maksimum bulanan sebanyak RM500 dalam tempoh setahun.

 

Salma Syahbuddin